SELAMAT DATANG! Kami menjual produk kesihatan keluaran JAMU MAK DARA terus kepada anda. Semudah ABC - hanya perlu pilih produk, buat pesanan, dan bayar! Pesanan akan dihantar terus kepada anda melalui pos.

Stokis produk "Jamu Mak Dara" produk kesihatan dan kecantikan paling popular di masa kini.
Hubungi kami di 013-3300831 (sms/whatsapp sahaja) atau email: aylema.house@gmail.com.

SET BERSALIN IBU HALIMAH - RM350


SET BERSALIN IBU HALIMAH - RM350**
(**item juga dijual secara berasingan)

Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
• Jamu Mak Dara (Serbuk) - 1 kotak (250 gram)
• Jamu Mak Dara (Kapsul) - 2 botol (60 kapsul per botol)
• Losyen Param Ibu Halimah - 1 botol (120 ml)
• Pilis - 1 bekas (200 gram)
• Bedak Sejuk - 1 bekas (200 gram)
• Rempah Mandi - 1 bungkus (100 gram)
• Bengkung - 1 helai
• Tungku Kukus Herba - 1 unit

Cara Penggunaan:
  1. Jamu Mak Dara (Serbuk) - Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
  2. Jamu Mak Dara (Kapsul) - Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai,timun, buah kundur dan lain lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seeloknya sehingga selepas pantang kerana jika diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.
  3. Losyen Param Ibu Halimah - Digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi. Khasiat: Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.
  4. Pilis - Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi. Khasiat: Pilis digunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yg biasa di alami ibu-ibu baru lepas bersalin.
  5. Bedak Sejuk - Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher, dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit. Agar muka tampak lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak sejuk yang telah kering di kulit dan gosokkan perlahan-lahan seperti menggosok lulur. Cuci muka dan bahagian yang berkenaan dengan air sehingga bersih. Khasiat: Bedak sejuk digunakan untuk menghilangkan ruam pada muka, dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
  6. Rempah Mandi - Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang. Khasiat: Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.
  7. Bengkung - Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kain nya yang lebih tahan lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten. Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Disarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi lanjut ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.
  8. Tungku Kukus Herba - Tungku herba ini diperbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panaskemudian tuam pada bahagian yg mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan. Khasiat: Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada tubuh. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang.



********************************

BELI SEKARANG!
Ikuti langkah berikut:
a) SMS/whatsapp ke 013 3300831 atau email aylema.house@gmail.com 
   - nama produk
   - kuantiti
   - nama penerima
   - alamat penghantaran
   - no telefon
*Sila pastikan nama, alamat dan no telefon yang diberikan adalah betul!

b) Kami akan memaklumkan jumlah amaun yang perlu dijelaskan. Sila buat pembayaran ke akaun berikut:
- Maybank 1512 5855 1111 Md Isa bin Hashim
- CIMB 7014688370 Alifah Amelya bte Abd Latif

c) Setelah pengesahan pembayaran diterima, pesanan akan diposkan sehari selepas bayaran diterima (hari bekerja). Semua penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan Poslaju.

** Pembelian RM100.00 dan ke atas, kos penghantaran adalah PERCUMA!

0 comments:

Post a Comment